Tuesday, April 28, 2009

Kepada para ahli Fotografi dan para pelajar SMKBBSP yang disayangi,
Terdapat suatu lawatan yang akan dianjurkan oleh kelab kita pada tahun ini.
Antara tempat yang telah dicadangkan oleh agensi pelancongan adalah seperti berikut :

1. Melaka - 2 Hari 1 Malam - Rm149
Hari Pertama
Bertolak dari sekolah menuju ke Zoo Melaka- yang merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia.
Terdapat spesies-spesies yang hampir terpupus dan terancam seperti seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya.
Selepas menikmati makanan tengahari, teruskan lawatan ke bangunan Stadthuys yang dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda. Berjalan-jalan mendaki ke puncak Bukit St. Paul dimana anda dapat dapat menikmati pemandangan indah bandar Melaka. Seterusnya melawat ke Kota A Famosa yang berdekatan ~ dimana kota ini dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511. Berseronok dan menangkap
gambar di sepanjang Jalan Kota sambil menikmati pemandagan di sepanjang jalan…Daftar masuk ke hotel.
Selepas menikmati makanan malam (kos sendiri) yang sedap sekali, tibalah masanya untuk kita membeli-belah di Jalan Jonker yang terkenal dengan barangan antik dan aneka barang unik yang hanya dapat di sini…
Jangan lupa mengambilkan gambar tentang suasana meriah di sekitar kawasan yang begitu luar biasa !!!

Hari Kedua
Semua bangun! Jangan tak bangun…masa daftar keluar dari hotel. Kalau tidak terlepas masa menikmati sarapan pagi (kos sendiri). Bertolak ke Menara Taming Sari (kos sendiri) ~ ia merupakan menara berputar yang pertama di Malaysia. Saksikan panorama Bandar Melaka di atas ketinggian 110 meter…
Setelah menikmati makanan tengahari, bergerak ke Kedai Makanan Buatan Tempatan untuk aktiviti "Pembelian Makanan Buatan Melaka" yang unik dan menjamu selera… Bertolak balik ke sekolah dengan hati yang riang ceria !!

Pakej Termasuk
Bus yang berhawa dingin
Tempat penginapan selama 1 malam (8 orang dalam 1 unit 3 bilik apartment)
2x hidangan (1 x McDonald Makanan Tengahari, 1 x Makan Tengahari berala Nyonya)
Senarai bayaran tiket yang dinyatakan (kecuali Tiket Masuk Menara Taming Sari)
Insuran Perlancongan Asas
Perkhidmatan Pemandu pelancong

2. Sungai Klah Hot Spring(Perak) - 1 hari - Rm63
Untuk mengetahui lebih banyak tentang tempat ini, sila melayari
http://www.malaysiavacationguide.com/hotsprings.html

3. Kuala Gandah(Pahang) - 1 Hari - RM65
Antara tempat yang akan kami lawati adalah Elephant Sanctuary, Deerland, Mushroom Farm, Taufu Factory, Peanut Factory.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang Kuala Gandah, sila melayari
http://www.google.com.my/search?hl=en&q=kuala+gandah&meta=

Dua Pakej ini termasuk :
Return air-cond bus transfer
All mentioned entrance fee
One meal as above mentioned
Package 1 : Chinese Restaurant Lunch- 6 dishes + rice + chinese tea
Package 2 : One set of KFC meal Lunch
2 pcs chicken + butter bun + coleslaw + whipped potato + soft drink
Tour guide service / In-house guide service

Walaubagaimanapun, kami telah membuat keputusan untuk memilih Kuala Gandah sebagai destinasi utama kita. Ini adalah kerana kelab lain telahpun menganjurkan lawatan ke Melaka. Bagi Sungai Klah Hot Spring pula, ia dikatakan tidak memberi banyak faedah kepada pelajar dan menyukarkan para perempuan yang mungkin akan datang bulan pada hari yang telah ditetapkan oleh kami.

Bagi lawatan ke Kuala Gandah, anda tidak perlu bimbang. Di sana, anda dapat berseronok melihat haiwan-haiwan dan mengambil gambar-gambar yang menarik. Selain itu, anda mungkin berpeluang untuk menunggang gajah! Tidak pernah kan? Justeru itu, ini adalah peluang keemasan untuk anda mencuba! Bagi kilang-kilang yang dinyatakan, ia tentu akan menambahkan ilmu pengetuan para pelajar tentang pemprosesannya. Bukan sahaja begitu, anda mungkin tidak berpeluang untuk melawat kilang-kilang ini selepas tamat persekolahan/tamat Tingkatan 5 nanti. Sanggupkah anda dan tidak menyesalkah anda kerana seumur hidup ini tidak pernah pun menjejak kaki ke kilang-kilang ini?

Tarikh yang telah ditetapkan oleh guru kami adalah pada 13 ATAU 14 jun, iaitu hari Sabtu atau Ahad. Ini adalah kali pertama kelab kita menganjurkan lawatan selain daripada pertandingan yang akan diadakan pada setiap tahun. Jikalau lawatan ini tidak mendapat sebarang sambutan, kami akan membatalkan sahaja lawatan ini. Walaubagaimanapun, kami amat berharap kerjasama anda untuk memeriahkan suasana pada hari itu dan juga penglibatan anda dalam lawatan kami. Kami tidak mengehadkan kepada ahli Fotografi sahaja malah terbuka kepada para pelajar yang lain di sekolah kami sama ada pelajar sesi pagi ataupun petang!

Jika anda berminat ataupun mempunyai sebarang pertanyaan lagi, sila berjumpa dengan Kum Kei Yan, 5G ataupun Lee Shin Mei, 4G.
Terima kasih!
Kami akan menunggu berita baik/jawapan daripada anda semua!
Walaupun anda tidak begitu berminat, kami berharap anda akan cuba mempromosikan lawatan ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Mana tahu rakan anda mungkin akan berminat??
Kerjasama anda amat dihargai ^^
Jika anda berminat pada pakej lain, anda juga boleh memberitahu kami!

No comments: